Monday 20 January 2014

Kayuhan Amal penghujung Benua

 

Program anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Johor, Pejabat Dun Kukup yang diterajui oleh YB Tuan Haji Suhaimi Salleh Johor, Sinar Harian Dan kelab basikal Pekan Bikes (PN BIKES) berlangsung pada 18hb january 2014 dipenghujung benua tanjung piai . Program turut didatangi oelh atris tempatan Dafi, Marsha Milan, Sherry Ibrahim dan seorang penyanyi dari Indonesia, Gusti Arya.

Program ini disertakan oleh 600 bikes dari pelusuk daerah dan beberapa kelab berbasikal di johor sejauh 42 kilometer kayuhan ini turut serta ialah Pengarah Pelancongan Johor, Mohd Isa Abdul Halim. Selain berkayuh sejauh 42 km program juga peserta menziarah beberapa rumah atau keluarga yg memerlukan bantuan. Ini adalah salah 1 bagi semua peserta dan juga bikes2 yg terlibat mendekatkan diri dgn masyarakat yg memerlukan bantuan dari segi kewangan, makanan dan bantuan teknikal.

Di sini saya ade lampirkan beberapa gambar untuk kawan2 yang nak kan copy gambar.Maaf tak dapat up semua.Trima kasih juga bagi pihak saya sendiri (Photographer yg dipangil khas) oleh Tuan Haji Suhaimi ingin mengucapkan terima kasih YB dan kepada abg2 motor dari kelab PUTRA DIRT BIKE MOTORSOPRT (PDBMC) yg sudi menumpangkan saya dari awal majlis hinga penamatnya kayuhan TQ bro .








































Friday 17 January 2014

MY HERO

Assalamualaikum W.r.t....

Selalu aku crita / up gambo2 wedding hari ni aku nk cite pasal my hero. aku terjumpa gambar2 abah aku masa aku kemas gobok.Than pe salahnya aku nk show siapa abah aku..Tiada yg istimewa selain kudrat abah aku membesarkan anak2 dan mempertahankan tanah air. Pergi operasi masuk hutan berbulan meningalkan keluarga yang tingal di berek UKK Unit Kawalan Kawasan yg terletak di pekan nanas. So kepada geng2 aku yg membesar di UKK lihat la gambo2 ayah2 korang kalau ade ok.
Dan sedikit sebanyak aku tahu pasal kerja2 abah aku ni..
Dulu abah aku ni Polis Hutan now dia da pencen . dah 3 tahun pencen.ape yg aku tahu
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak berapa tahun lalu aku x buat research palk.Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil.


Mencari makanan ubi kayu untuk mengalas perut ketika operasi dihutan

Abah cakap masa ni baru kluar hutan . Operasi kot....


Tamat krusus di Pusat Latihan Polis Bakri Muar

ini lah dia my Hero aku En Zaiman Bin Hj Salikon

pada semua yang telah singah ke blog ni . aku nk ucap tq sebab singah n tau siapa my hero..Tabik springgggg tionggg kat abah..


 

Thursday 9 January 2014

Yusri & Siti

Assalamualikum w.r.t

Sedikit paparan untuk anda semua. Majlis Perkahwinan Siti Nazihah bersama suami En Yusri yg telah berlangsung pada 15 December 2013 di taman emas merah pontian johor dan berlangsung pada 22 december 2013 Marang Terenganu . Terima kasih kepada Shidi Photography kerana membantu Rz selatan dan semua yg terlibat didalam menjayakan tugasan ini. Kepada Pihak Pegantin kami mengucapkan selamat pengantin baru dan insyallah hubungan antara suami dan isteri berkekalan hingga ke jannah. amin

Majlis Di Terenganu 

Outdoor in JB

Night Photo at my brother garden

Out door at Terenganu