Friday, 17 January 2014

MY HERO

Assalamualaikum W.r.t....

Selalu aku crita / up gambo2 wedding hari ni aku nk cite pasal my hero. aku terjumpa gambar2 abah aku masa aku kemas gobok.Than pe salahnya aku nk show siapa abah aku..Tiada yg istimewa selain kudrat abah aku membesarkan anak2 dan mempertahankan tanah air. Pergi operasi masuk hutan berbulan meningalkan keluarga yang tingal di berek UKK Unit Kawalan Kawasan yg terletak di pekan nanas. So kepada geng2 aku yg membesar di UKK lihat la gambo2 ayah2 korang kalau ade ok.
Dan sedikit sebanyak aku tahu pasal kerja2 abah aku ni..
Dulu abah aku ni Polis Hutan now dia da pencen . dah 3 tahun pencen.ape yg aku tahu
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak berapa tahun lalu aku x buat research palk.Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil.


Mencari makanan ubi kayu untuk mengalas perut ketika operasi dihutan

Abah cakap masa ni baru kluar hutan . Operasi kot....


Tamat krusus di Pusat Latihan Polis Bakri Muar

ini lah dia my Hero aku En Zaiman Bin Hj Salikon

pada semua yang telah singah ke blog ni . aku nk ucap tq sebab singah n tau siapa my hero..Tabik springgggg tionggg kat abah..


 

No comments:

Post a Comment